Pages

Monday, August 22, 2011

pergimu tiada pengganti!!!



KAU TINGGALAKAN RINDU DI SINI
IZINKAN AKU
MENATAP SEBAK DI DADAMU
UNTUK KUTULIS SIMFONI LAGU
PADA SEPI PERGUNUNGAN SENDU

BERIKAN AKU
SEKADAR SEKELUMIT WAKTU
AKU INGIN SEBENTAR MELAYAN SEMBILU
KERANA AKU TAHU
MASA TERKENANG BERANGKAT LALU
TIADA KESEMPATAN MINTA DI TUNGGU

LANGKAH-LANGKAHMU TERTINGGAL DI PINTU
KAMI KUTIP KENANGAN ITU
SATU DEMI SATU
DAN KAMI PUPUKKAN IRAMA RINDU
KAMI SIMPAN DI KOTAK PILU
NOSTALGIA INDAH MERAWANG DI KALBU

KUTAHU SUDAH MAKNA
PERPISAHAN PENGHUJUNG MASA
KAU LEBARKAN SAYAPMU KE ANGKASA
MENCARI DESTINASI BAHARU SINGGAHSANA
LALU DOA KAMI SULAMKAN BERSAMA

KUTAHU SUDAH
AKAN KAU MENGALIH ARAH
LEMBARAN INGATAN MEWARNA SEJARAH
TITIPAN MASA LAMPAU MENITI TERJAH
SEKUJUR KAMI AKUR MENGAKU PASRAH
WALAU DISINI KERINGATMU MASIH BASAH
PASTI ADA GERIMIS GUGUR KE TANAH
MEMBASAHI PELOSOK LIMBAH

PUDARLAH SENYUM DAN TAWA
SEMYUMMU PENGUBAT DUKA
TANDUSLAH PENDAPAT KATA
PENDAPATMU PENCETUS MINDA
PUPUSLAH JUA PETAH BICARA
BICARAMU MENJANA JAYA
SAMARLAH LANGKAH-LANGKAH PERKASA
LANGKAH NAN BERTATAH JASA

PADA SELURUH PERSADA HATI-HATI PILU
KAMI TEGUR MENGINTAIMU
KERANA MASIH PANAS JEJAKMU
MENGINJAK JALAN-JALAN KELIKIR BERBATU
NATIJAHNYA...DISINI KAU TINGGALKAN RINDU
BUAT KAMI MENGGAPAI MERCU








Saturday, August 13, 2011

Wednesday, August 10, 2011


Pakai Leggings, Itu Bukan Seluar Sebenarnya - Tapi Macam Spender

Perempuan melayu ke, perempuan muslim ke,cina ke, india ke, agama ape ke. Sume stok nak try pakai legging.. Kau ingat bontot kau cantik dan montok sangat ke? eyuuw~  Lagi lawa bontot kude doh. :D  *imagine jap..hum..boleh tahan laa...

Legging ni macam GETAH! bila pemakainya pakai,ia akan melekat ikot bentuk kaki. pehe, dan bontot! Cuba bayangkan legging tuh xde, serupa gak macam telanjang bogel kan. Kalau aku datang dekat.tibe aku tarik kebawah, mesti terbukak tros! Senang sangat..hohoh *jangan lucah sip.. Btw. pakai legging juga adalah dilabel "SEKSI DAN BOGEL". ia juga di ibaratkan cetokin! *bab kata heliza,ia cetokin.  means Stokin kaki!Tapi buat jadi seluar!
Pernah sekali aku jalan2, tengah2 usyah barang, tiba2, ada pasangan kapel ni lalu depan aku.. "MasyaAllah, Awek kau pakai legging??!!! Dah la gemuk gila vavi..!"  Korang try imagine k, kalau gemuk,bontot dia cane? hahaha, so bad environment lah.. Kalau aku yang tengah makan pon boleh muntah.. :p *padan muke kau!

P/s: Untuk pengetahuan korang, legging umpama korang tak menutup aurat.. No wonder walau apa tujuan pun,macam untuk jadi model ke,jalan2 ke, berak ke,kencing ke.. adeih.. sian aku tengok yang pakai legging nih. DAN, legging tuh bukan SELUAR! ingat,ia bukan seluar! Lupe lak,Legging sesuai tuk lelaki kan! hahah,pompuan takleyh,aurat~ :p  
HUKUMYA HARAM.


adoyai si cinta hati...

atas nama kenangan di hari lalu
mimpi di hari esok
cinta di hari ini
bila aku harus memilih antara
bernafas atau mencintaimu
aku akan menggunakan
nafas terakhirku untuk mencintaimu
 

Saat malam datang ……
bulan tersenyum ……
seperti dirimu …….
yang menyejukkan hati ……….
saat pagi datang …….
mentari bersinar …….
seperti cintamu ………
yang menerangi hati ku ……….

ku tuliz namamu di pasir,
tapi terbawa oleh ombak…..
ku tuliz namamu di langit,
tapi terbawa oleh awan…..
ku tuliz namamu di hatiku,
disitulah tempat terindah bagi diriku…….

Ku isi anganku dengan “Bayangan mu”
Kau isi hati ku dengan “Sayang mu”
Kau isi sepi ku dengan “Canda mu”
Kau isi hidup ku dengan “Rindu mu”



buah hati pengarang jantung aku....





Tuesday, August 9, 2011

x macho ke??


hati aku sejibik macam mak aku.. err maksud aku, mcam perempuan lah hati aku.. sensitif je.. *tak sangka aku akan cakap macam nie..

aku kalau tengok drama kat tv, bila sampai babak sedih je, tu paling aku tak suka.... serius, aku mesti rasa sedih.. kira macam menghayati jalan cerita tu la.. kesedihan tu betul-betul menusuk jiwa remajaku ini.. lepas tu mata nie mula lah nak jadi merah.. err.,.bukan nangis ye.. mata jadi merah je..

bila tengah jalan-jalan, kadang-kadang tu ternampak orang mintak sedekah, aku mula lah.. sayu je rasa.. rasa kesian.. kawan-kawan aku yang lain rilek je.. aku? aku kesian..

bila tengok orang kurang upaya, lagi aku sedih.. lagi-lagi kalau tengok macam mana diorang berusaha untuk hidup macam manusia biasa yang normal walaupun hakikatnya diorang kurang upaya.. aku kagum dengan semangat diorang..



orang cakap aku nie macam perempuan.. kenapa ek? perempuan je ke yang boleh sensitif? lelaki tak boleh ke? tak sesuai? tak macho ke kalau lelaki sensitif? tapi lelaki pun ada perasaan..
kan
?     

PERKATAAN BERLAWANAN ..


Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini
menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang
paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.

Wajahnya garang, seperti Jin yang tidak ada
Shamsudin. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran
cikgu ini.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.


Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi
sahaja? Petang dan malam awak doakan saya
tak selamat?


Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam
cikgu!


Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan
keadaan.


Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-
baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutk perkataannya, kamu
semua
mesti menjawab dengan cepat,lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari
ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-
bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-
murid
berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh
mereka telah keluar.
Walaubagaimanapun,mereka merasa bangga
kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
cikgu tadi, tetapi esok masih ada.

Cikgu itu pasti akan datang lagi......

kHoKhOkHokHo!!

hahahaha...

berapa nilai diri kita????

mungkin anda pernah baca artikel ini, tetapi, tidak salah jika hendak berkongsi semula.

Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.
Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.
Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.
Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.
Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.
Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.
Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.
Harganya ialah RM15.00
Sekarang soalannya  ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?
Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!
Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.
Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.
Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.
Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.
Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.
Wallahualam

sumber: paGEs gambar2 pelik n LawaK...