Sudah bertahun Mat Jeh mengidap penyakit tersebut. Sudah ramai bomoh yang angkat tangan kerana tidak mampu mengubatinya. Walaupun Mat Jeh seorang yang berpelajaran tetapi dia sangat takut hendak ke hospital. Katanya, dia takut kena injection.... Akhirnya Mat Jeh terpaksa memilih hospital kerajaan juga untuk merawat penyakit yang dihidapinya. Ini adalah kerana wangnya sudah banyak dihabiskan kepada bomoh tetapi penyakitnya tidak juga beransur baik malah bertambah teruk.
Atas saranan seorang doktor pakar yang bernama Doktor Rosli, Mat Jeh terpaksa dihantar untuk berubat di London kerana tahap penyakitnya yang sudah kritikal. Maka segala persiapan pun dibuat untuk membawa Mat Jeh ke London. Pada hari yang sudah ditetapkan, berlepaskan Mat Jeh ke Negara Queen Elizabeth itu dengan selamatnya. Sesampainya di Lapangan Terbang Heatrow, dia digegaskan ke Hospital London dengan sebuah ambulan yang sudah lama menunggu. Sebaik tiba di hospital, Mat Jeh segera ditandu ke bilik bedah lalu dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit yang khabarnya berasal dari Birmingham yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletakkan bersebelahan dengan katil Mat Jeh. Pesakit tersebut bernama Matt Dillon. Walaupun Matt Dillon kelihatannya lemah, tetapi dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mat Jeh. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: “Welcome to United Kingdom! Where are you came from?”
Mat Jeh yang juga sedang lemah tergagap-gagap menjawab: “From Malaysia… I’am Malaysian...”
Setelah itu kedua-duanya tertidur kerana terlalu banyak ubat bius yang disuntik ke badan mereka. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.
Matt Dillon berkata dengan suara yang lemah: “My name is Matt… Matt Dillon!”
Dijawab dengan susah payah pula oleh Mat Jeh: “My name is also Mat .. not Matt Dillon but Mat Jeh...,’
Selepas itu mereka tertidur lagi. Maklumlah, kesan ubat bius begitu kuat. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan perbualan masing-masing yang terbantut tadi. “My hometown is Birmingham...” jelas Matt Dillon.
Dibalas oleh Mat Jeh: “My self... Kampung Batas Abi!”
Sejurus kemudian, kedua-duanya tertidur lagi. Tidak berapa lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Matt Dillon yang sudah hampir kehabisan nafas berkata dengan nada yang amat lemah: “I’am Cancer...”
Dan dengan sisa-sisa nafas yang masih ada, Mat Jeh terus membalas: “I’am Saggitarius...!”
No comments:
Post a Comment